Mencari emas atau dengan kata lainnya
Gold Exploration adalah perkara yang paling penting dalam perlombongan emas. Ini kerana dengan adanya explorasi emas ini, kita boleh mengkaji lebih mendalam tentang sifat alam semulajadi kita. Selain itu, pentingnya kerja explorasi emas ini adalah kerana akan mengajar kita tentang kejadian atau terbentuknya emas di sesuatu tempat.
Kenapa saya berkata kerja explorasi adalah penting? Ini akan menjimatkan lagi kos perlombongan emas yang akan dibangunkan. Dan juga tidak merosakkan alam sekitar yang sangat indah ini. Selain itu kita juga dapat merancang dengan pembangunan lombong yang teratur.
Perkara atau aspek yang perlu kita tekankan untuk mendapatkan data dalam gold exploration adalah:
- Perlu mencari data dari jabatan mineral yang berkaitan dengan sumber mineral yang kita cari (gold).
- Mencari data melalui peta topografi, peta di google, peta yang terdahulu yang telah dikaji oleh pengkaji.
- Mencari tulisan ataupun kajian tentang sesuatu tempat yang berkaitan dengan emas.
- Mengambil data dari penduduk setempat yang berdekatan dengan kawasan yang adanya emas.
- Setelah itu,perlu ke lapangan untuk melihat batuan Quartz yang berkait dengan emas.
- Setelah melihat batuan, perlu mengayak di sungai.
- Selain itu, perlu mengambil sample batuan yang kita yakin adanya emas di batuan tersebut dan hantar ke makmal untuk di test.
Yang tersenarai di atas adalah perkara yang basic bagi
Gold Exploration. Iaitu yang perlu dan wajib dilakukan sebelum serius untuk melakukan kerja-kerja explorasi yang lebih detail yang menelan belanja yang lebih besar lagi.