 |
Gold Bar@Emas Jongkong |
Gold Bar atau bahasa Melayu nya
adalah Emas Jongkong. Adalah suatu mineral atau barang yang tidak ternilai
harganya. Gold Bar yang biasanya di jual di pasaran adalah bergred atau
berkualiti 999.9/24k. Emas bergred 999.9/24k ini bermaksud emas yang tidak
bercampur dengan perak atau apa-apa bahan mineral yang lain.
Gold Bar tidak seperti emas pakai
atau biasanya di panggil barangan kemas. Gold Bar biasanya di beli dan di
simpan untuk koleksi sahaja. Manakala emas pakai adalah untuk di pakai terutama
bagi orang perempuan. Contoh emas pakai adalah rantai leher, rantai kaki,
gelang tangan, dan subang yang diperbuat dari emas. Orang perempuan memakai
barang kemas adalah untuk menaikkan lagi seri atau kecantikkan terhadap
seseorang perempuan itu.
 |
Emas Pakai |
Emas pakai tidak sama grednya
dengan gold bar. Emas pakai yang dijual biasanya bergred 916 lebih rendah berbanding
gold bar. Ini kerana sifat emas yang tulen adalah lembut dan senang terputus
jika dibuat barangan kemas. Barangan kemas biasanya dibuat dengan dicampurkan
emas dengan logam yang lain contohnya timah, tembaga, besi, aluminium,platinum
dan lain-lain lagi. Ini kerana untuk menjadikan emas lebih keras dan senang
dibentuk untuk dijadikan barangan kemas.