 |
Alluvial Gold Mine |
Alluvial Gold Mine adalah
lombong emas yang di lombong di sungai yang telah terbentuk sejak sekian lama
dahulu. Maksud alluvial adalah sedimen atau mendapan di dalam sungai. Kesan
daripada gempa bumi, hujan atau banjir yang melampau. Hasilnya akan terbentuk
mendapan pada sungai yang terdapat pelbagai mineral termasuk emas.
Lombong emas alluvial sangat lah
berisiko untuk mengalami kerugian kerana hasil yang didapati tidak dapat
memulakan semula modal yang telah dilaburkan. Selalunya lombong emas alluvial
ini gagal dan akhirnya ditutup. Lebih teruk lagi boleh menyebabkan seseorang
pelabur itu bankrup. Jika berjaya sekalipun sesebuah lombong emas alluvial itu,
tidak lah memberikan keuntungan yang lumayan seperti lombong emas hardrock.
Pada kebiasaannya lombong emas
alluvial tidak dapat bertahan lama. Ini kerana lombong alluvial tidak dapat
memberikan hasil yang konsisten. Kebiasaannya lombong alluvial dapat bertahan 1
tahun paling lama bagi suatu kawasan. Tidak seperti lombong
emas hardrock yang dapat memberikan hasil yang konsisten.
Selain itu, lombong emas
hardrock
juga boleh dilombong lebih lama sehingga 25 tahun bagi suatu kawasan.
 |
Gold from alluvial | |
|
|
|
|
HOW THE ALLUVIAL GOLD MINE CAN BE
SUCCESS???
Lombong emas alluvial boleh
berjaya sekiranya :
1.
Melaksanakan ujian mendulang dengan mengorek
lubang di sekitar sungai yang dikenalpasti adanya emas.
2.
Mengambil kiraan butiran emas yang telah di
dulang samaada banyak ataupun sedikit. Yang paling minimum kiraan emas untuk
dijadikan lombong alluvial adalah 5 butir emas bersaiz biji kacang bagi setiap
tempat yang di
dulang.
3.
Selepas melakukan ujian mendulang dan pengiraan
tersebut, perlulah membuat pemetaan dan pemetaan potensi emas alluvial.
4.
Ketiga-tiga perkara di atas perlulah didapatkan
untuk mengesahkan data untuk memulakan lombong emas alluvial.
5.
Setelah itu, pengiraan untung atau rugi sudah
boleh di hitung dengan adanya data-data tersebut seterusnya dapat menentukan
sama ada lombong boleh di jalankan atau pun tidak.