 |
Original Gold from field |
Detail Gold Exploration adalah perkara yang sangat penting dalam permulaan dunia perlombongan. Terutama lombong yang memerlukan bajet atau dana yang sangat tinggi contohnya lombong emas. Kerana akan menjimatkan kos dalam sesebuah pembangunan lombong dan terus dapat merancang dengan betul untuk pembangunan lombong.
Okay, apakah yang perlu dilakukan dalam permulaan Detail Gold Exploration adalah:
- Berjalan menyusuri sungai (downstream atau upstream) untuk mengetahui atau mengenal batuan yang ada di kawasan yang dijangka adanya emas.
- Melakukan teknik mengayak di pasir sungai tersebut untuk mengetahui adanya mineral di situ.
- Membuat tracking pada GPS untuk mapping kawasan tersebut.
- Menandai atau marking pada GPS batuan atau apa-apa yang menarik yang ada di kawasan itu.
- Mengambil sample batuan di sungai atau pada bukit yang batuannya telah terexpost di permukaan tanah dan dihantar ke makmal.
- Selain itu mencari jalan yang terdekat untuk sampai ke lapangan supaya tidak membazir masa ulang alik, pergi ataupun pulang.
- Mencari tempat penginapan yang paling dekat dengan lapangan.
Perkara yang saya sebut diatas hanya lah permulaan bagi memulakan kerja-kerja detail gold exploration. Supaya jimatkan kos dan jangan lah terburu-buru untuk melakukan explorasi secara besar-besaran seperti contohnya melakukan Tranching, Wall Tranching, Geofizik, dan step yang paling menelan belanja yang paling besar dalam detail gold exploration adalah Drilling (Diamond Drill). Selain itu juga kita perlulah menjaga alam sekitar (hutan) supaya sentaisa terpelihara.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Detail Gold Exploration, ikuti blog saya yang akan datang...