Batu Ruby adalah batuan yang
sangat bernilai tinggi di seluruh dunia sekarang ini. Ini kerana batu Ruby ini sangat indah di
pandang, permintaan yang tinggi, batuan yang susah untuk di jumpai, dan batuan
ini sangat keras setanding dengan berlian.
Ruby adalah batu yang boleh di
jadikan batu permata. Batuan ini mempunyai warna merah jambu (pinky) dengan
batu permata yang berwarna merah. Selain itu, ianya mempunyai corundum mineral
(aluminium oxsida). Mineral corundum ini mempunyai kualiti tinggi yang di
panggil safir. Batuan Ruby adalah batu permata yang yang di panggil cardinal
tradisional, bersama-sama dengan nilam,amethyst, zamrud, dan berlian.
Asalan perkataan Ruby adalah
bermaksud dari ruber, Latin untuk warna merah. Selain itu, kualiti batu permata
ruby ditentukan oleh warnanya, kejelasan kilauan yang bersama dengan berat
karat, yang mempengaruhi nilainya. Ruby adalah batu kelahiran tradisional untuk
bulan Julai. Batuan ruby yang termahal di dunia adalah Sunrise Ruby. Sunrise
Ruby ini mempunyai ramai peminat di kalangan bangsawan di dunia ini.