PYRITE
Mineral Pyrite adalah mineral yang berada berdekatan dengan emas. Orang
ramai selalu menanggapi bahawa mineral pyrite adalah emas. Ini kerana, terdapat
banyak persamaan di antara mineral pyrite dan emas.
Mineral pyrite dan emas terdapat banyak juga perbezaannya. Antara
perbezaannya adalah mineral pyrite selalunya akan menunjukkan kilauan logam
seperti warna kekuningan atau ‘metallic’ kekuningan.
Selain itu, bentuk pyrite pada batuan adalah kristal tetragonal. Rectangular
empat sudut, dan juga menyerupai blok-blok cubic.Emas
pula mempunyai ciri-ciri yang menunjukkan kilauannya yang tersendiri. Warna
atau kilauan emas, jika dilihat dari pelbagai sudut akan kelihatan sama sahaja.
Tidak berkilau dan tidak juga mempunyai bentuk seperti mineral pyrite.
Mineral chalcopyrite adalah lebih
kurang sama dengan mineral pyrite. Akan tetapi, mineral chalcopyrite dikenali
dekat dengan tembaga. Kedua-dua mineral ini digunakan oleh kebanyakkan
geologist untuk dijadikan sebagai salah satu petunjuk akan adanya emas di
sesuatu kawasan tersebut. Chalcopyrite dan pyrite juga terdapat bersama antara
batuan quartz, phyllite, tonalite, granite, dan di batuan arang batu juga masih
terdapatnya kedua-dua mineral tersebut.