 |
Gold at Quartz |
|
Mineral quartz adalah mineral pengasuh atau sengan kata lainnya adalah
pembawa emas. Quartz adalah sejenis batuan yang mengandungi silica (Si) dan
oksigen (O). Batuan ini yang asalnya cecair yang panas dan seterusnya menyejuk
menjadi batuan yang keras. Dengan adanya sifat-sifat fizikal padanya, maka
batu-batu ini akan datang bersama-sama mineral yang lain termasuk emas (Au).
Dengan suhu 1410 darjah Celcius,
dan dengan adanya kandungan silica akan mencapai takat didih sehingga 2355
darjah Celcius. Selain itu, dengan adanya ikatan elemen-elemen maka secara
langsung quartz akan dapat menahan kepanasan yang melampau. Dengan kata lainnya
quartz adalah batuan yang paling tahan panas di antara batuan yang lain.
Di samping itu,
mineral quartz
boleh bersatu atau disatukan dengan mineral yang lain. Sehinggakan sangat
banyak mineral yang berada pada batuan quartz yang boleh dilihat apabila batuan
quartz ini menjadi beku atau mengeras. Contoh mineral yang ada bersama quartz
adalah pyrite, chalcopyrite, galena, enargyte, dan emas. Mineral-mineral ini
kesemuanya akan berada bersama batuan quartz.
Tidak kesemua batuan quartz akan
mengandungi emas. Untuk mengetahui samaada emas ada atau tidak pada batuan
quartz perlulah di buat kajian terlebih dahulu. Geologis biasanya akan mengkaji
sesebuah daerah yang di yakini adanya emas. Ini kerana, setiap kawasan atau
sesuatu tempat akan berlaku proses yang berlainan dan akan ada mineral yang
berlainan. Jadi, perlulah dikaji dengan lebih teliti supaya tidak mengalami
kerugian kerana dalam pencarian emas memerlukan modal yang sangat besar dan
sangat berisiko.