MINERAL GALENA
Mineral galena adalah mineral logam yang mempunyai kandungan
plumbum padanya. Mineral ini adalah salah satu mineral yang boleh dikaitkan
dengan emas. Jika terdapat mineral pyrite dan chalcopyrite bersama galian
galena ini. Mineral galena ini sudah boleh disebutkan sebagai mineral yang
telah mengalami proses mineralisasi dalam persekitaran haba yang agak tinggi.
Jika mineral galena yang telah termineralisasi terdapat di
sesuatu kawasan tersebut. Ini boleh dikaitkan dengan adanya juga mineral lain
yang juga telah mengalami suhu yang tinggi contohnya adalah emas. Suhu untuk
terbentuknya emas adalah lebih panas berbanding mineral galena. Oleh sebab itu,
emas semestinya terbentuk lebih awal berbanding mineral-mineral yang bersuhu
rendah seperti, pyrite, chalcopyrite, iron, galena, mica@muscovite, dan
mineral-mineral yang lain yang bersuhu 1000⁰ Celcius.
Pengunaan mineral galena dalam industri adalah kurang. Ini
menyebabkan lombong galena tidak berkembang secara meluas. Selain dari itu,
galena juga boleh memberi risiko kepada kesihatan manusia. Dan kemudiannya,
penggunaan galena dalam pembuatan paip atau campuran cat tidak lagi digunakan.
Akan tetapi, teknologi kini kian berkembang di
antara pengkaji. Sekarang ini mineral galena digunakan dalam industri alatan
elektronik. Contohnya, bateri, telefon bimbit, sebagai peranti separa konduktor
pada radio dan kepada peranti elektronik yang lain. Selain itu, galena juga
digunakan dalam industry perubatan. Contohnya galena digunakan di dalam
baju/jacket yang boleh memberi perlindungan kepada sinar-X.