 |
Sampling For Gold Exploration |
Gold Exploration Sampling adalah bermaksud mengambil sample batuan di lapangan atau sesuatu kawasan yang di jangka adanya emas. Terdapat pelbagai cara untuk sampling batuan yang mengandungi emas. Dan cara ini perlulah dipraktikkan dengan betul supaya tidak salah dalam pengambilan data. Selain itu, perlu lah cermat ketika pengambilan sample batuan supaya tidak ada data yang hilang atau tidak tercatat.
Sample batuan yang diambil perlulah cukup timbangannya. Seperti yang dipraktikkan di lapangan adalah sample batuan perlu di ambil sebanyak 3kg-5kg. Supaya dapat diproses dengan betul ketika sample diproses di makmal. Ini kerana pemprosesan sample di makmal memerlukan secukupnya sample batuan untuk mendapatkan result yang betul dan tepat.
Sample batuan yang di ambil perlu ada data yang lengkap. Untuk kerja-kerja penandaan di peta setelah result dari makmal keluar. Data yang perlu ada ketika sampling adalah:
- Penandaan kawasan lapangan pada GPS atau marking pada GPS ketika sample yang di ambil.
- Mencatat nama batuan atau ciri-ciri batuan yang di sampling pada buku catatan.
- Batuan yang di sampling perlu di foto dengan pembandingan yang sepadan.
- Untuk mengisi sample perlulah menggunakan beg sample mengikut spesifikasi yang betul.
- Coding juga sangat penting untuk membezakan setiap sample yang diambil dan hendak lah di tulis pada beg sample dan buku catatan.
- Membuat tagging coding dan di masukkan ke dalam beg sample bersama batuan. Ini adalah langkah berjaga-jaga apabila coding tertanggal pada beg sample, masih lagi ada coding yang boleh di rujuk.
Data diatas adalah sangat penting dalam Gold Exploration Sampling. Ini kerana data tersebut akan digunakan untuk melanjutkan lagi kerja-kerja explorasi yang seterusnya.
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang Gold Exploration, ikuti blog saya yea...